KOMUNIKASI
& PENYIARAN DALAM ISLAM
Isnin, 28 Januari 2019
“Bahasa Menunjukkan Bangsa”
DUA6022
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
“Bahasa Menunjukkan Bangsa”
Nama Pensyarah: Puan
Cik Razana bt Mohd Kasim
Disediakan oleh :
|
NAMA
|
NO MATRIK
|
|
TUAN NORSYAZREENA BT TUAN NORYADI
|
02DSK16F2005
|
|
NUR AMANIENA BINTI MATSALLEH
|
02DSK16F2006
|
|
MAISARAH BT ABD RAHIM
|
02DSK16F2015
|
|
NUR HUSNA SHAFIQA BT MOHD LOTOFI
|
02DSK16F2021
|
|
JOHANNAH ATIKAH NURAHIM BINTI ABD RAHIM
|
02DSK16F2024
|
“BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA”
DEFINISI
Budi bahasa atau perangai serta tutur kata
menunjukkan sifat dan tabiat seseorang (baik buruk kelakuan menunjukkan tinggi
rendah asal atau keturunan)
Pepatah
lama mengatakan, "Bahasa menunjukkan bangsa." Sepintas, peribahasa
ini terlihat sangat sederhana, tetapi sesungguhnya memiliki makna yang sangat
luas. Bahasa, dalam bentuk tuturan atau ucapan, sering menjadi petunjuk utama
dalam pengidentifikasian seseorang. Di Indonesia, misalnya, identitas kesukuan seseorang
-- di samping dapat dikenali melalui bahasa yang digunakan -- juga dapat dengan
mudah dikenali melalui tuturannya: pada umumnya, orang Batak tidak fasih
melafalkan bunyi /e/ pepet; orang Aceh dan Bali tidak fasih melafalkan bunyi
/t/; orang Melayu tidak fasih melafalkan bunyi /r/; dst..
Sebagai
salah satu penanda identitas, ternyata bahasa juga mencerminkan
kedudukan/posisi penutur dalam tata kemasyarakatannya. Itulah sebabnya, dalam
kajian sosiolinguistik, diyakini bahwa bahasa memang tidak dapat dipisahkan
dari kondisi dan latar belakang sosial penuturnya. Latar belakang sosial
penutur yang berbeda akan membuat bahasa yang digunakan berbeda pula. Pada
penutur yang berpendidikan tinggi, misalnya, akan terlihat perbedaan karakter
penggunaan bahasanya dengan penutur yang tidak berpendidikan/berpendidikan
rendah, sekalipun mereka menggunakan bahasa yang sama.
Umumnya,
pada penutur yang berpendidikan tinggi akan terlihat penggunaan bahasa yang
baik dan benar: sesuai dengan situasi pemakaian dan kaidah bahasa. Logat mereka
cenderung standar (tidak menunjukkan ciri kelompok/suku tertentu) serta pilihan
katanya tepat, sesuai dengan konteks. Sebaliknya, penutur yang tidak
berpendidikan cenderung menunjukkan penggunaan bahasa yang abai terhadap
kaidah. Logat mereka medok, memperlihatkan ciri kelompok/suku tertentu.
Pemilihan kata (diksi)-nya pun terkesan apa adanya (tidak kreatif).
Dalam
banyak kasus, bahasa sering dimanfaatkan oleh kelompok-kelompok tertentu untuk
mempertegas identitas kelompoknya agar terkesan (lebih) eksklusif.
Kelompok-kelompok itu biasanya melakukan "pelanggaran-pelanggaran
berbahasa" sebagai bentuk ekspresi yang mereka yakini akan membedakannya
dari kelompok lain. Kelompok selebriti, misalnya, gemar menggunakan
istilah-istilah/kata-kata asing (terutama Inggris). Bahkan, beberapa di antara
mereka bertutur dalam Bahasa Indonesia dengan logat asing, keinggris-inggrisan.
Sementara
itu, kelompok waria melakukan "manipulasi" unsur-unsur kebahasaan
dengan sistem tertentu (yang kemungkinan hanya dipahami oleh anggota
kelompoknya). Sebagai akibatnya, muncullah "bahasa-bahasa baru":
seperti Bahasa Gaul dan Bahasa Alay. Entah apa penyebabnya, kini kedua bahasa
baru itu, dengan berbagai variasinya, berkembang pesat penggunaannya di kalangan
remaja. Belakangan ini, bahkan, muncul "jenis bahasa" baru yang lain
lagi: Baby Talk 'Celoteh Bayi'. Konon, penggunaan bahasa yang meniru-niru logat
balita itu justru digandrungi oleh orang-orang dewasa.
Beberapa
dekad terakhir ini, di dunia akademik berkembang sebuah kajian yang mengaitkan
penggunaan bahasa dengan latar budaya masyarakat. Kajian itu (dikenal dengan
beberapa sebutan: antropologi bahasa, antropolinguistik, atau etnolinguistik)
memfokuskan analisisnya pada penggunaan bahasa dalam kaitannya dengan budaya
kelompok penuturnya, terutama tentang nilai-nilai budaya yang ditunjukkan
melalui penggunaan bahasa. Cara pengekspresian (melalui penggunaan bahasa)
nilai-nilai budaya masyarakat/suku tertentu biasanya tidak sama dengan cara
yang dilakukan oleh masyarakat/suku lain.
Cara
yang dilakukan masyarakat/Suku Minangkabau dalam mengekspresikan nilai
kesantunan dan/atau kesopanan, misalnya, berbeda dengan cara yang dilakukan
masyarakat/suku Batak. Pada umumnya, masyarakat/Suku Minangkabau memilih
menggunakan ungkapan tidak langsung (indirect speech) untuk menyampaikan
maksud-maksud tertentu, sedangkan masyarakat/suku Batak memilih menggunakan
ungkapan langsung (direct speech). Ketika bertamu, misalnya, orang Minangkabau
akan menyindir tuan rumah dengan berkata, "Panas betul udara di
sini," atau "Jauh betul tempat ini," agar segera disuguhi
minuman. Hal seperti itu tidak lazim dilakukan oleh masyarakat/suku Batak
karena kebiasaan mereka tidak menyukai basa-basi. Dalam hal ini,
masyarakat/suku Batak tidak merasa segan/malu untuk mengatakan haus atau lapar
kepada tuan rumah.
Begitulah,
melalui bahasa, seluruh aspek kehidupan manusia (baik secara personal maupun
komunal) dapat dibaca. Di sinilah pepatah: Bahasa menunjukkan bangsa itu
menemukan relevansinya. Ibarat cermin, bahasa mampu memperlihatkan segala
sesuatu yang ada di depannya dengan sempurna. Dengan kata lain, bahasa
merupakan potret diri penggunanya.
PENGENALAN
Peribahasa Melayu “Bahasa
Menunjukkan Bangsa” bermaksud bahasa menjadi lambang keperibadian masyarakat
atau sesuatu bangsa. Dalam konteks ini, bahasa bukan hanya merujuk sistem
bahasa yang digunakan tetapi juga berkaitan cara atau gaya berbahasa masyarakat
berkenaan. Hal ini bermaksud bahasa dan cara berbahasa orang Melayu secara
langsung menggambarkan keperibadian, pemikiran dan identiti bangsa Melayu itu
sendiri. Keperibadian dan pemikiran bangsa Melayu digambarkan melalui cara
orang Melayu berbahasa.
Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi yang digunakan dalam pelbagai urusan pentadbiran dan juga sebagai bahasa pengantar sistem pendidikan negara. Oleh kerana bahasa kebnagsaan Malaysia, ialah bahasa Melayu, maka pada bahasa Melayu itu lah terletaknya teras maruah bangsa Malaysia.
Keperibadian atau dalam erti kata lain yang membawa maksud karakter merupakan sifat, akhlak atau budi pekerti yang dimiliki oleh setiap manusia. Nilai-nilai karakter yang dapat dijadikan motivasi dan prinsip hidup.
Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi yang digunakan dalam pelbagai urusan pentadbiran dan juga sebagai bahasa pengantar sistem pendidikan negara. Oleh kerana bahasa kebnagsaan Malaysia, ialah bahasa Melayu, maka pada bahasa Melayu itu lah terletaknya teras maruah bangsa Malaysia.
Keperibadian atau dalam erti kata lain yang membawa maksud karakter merupakan sifat, akhlak atau budi pekerti yang dimiliki oleh setiap manusia. Nilai-nilai karakter yang dapat dijadikan motivasi dan prinsip hidup.
ISI DAN HURAIAN
Orang Melayu merupakan bangsa yang suka berkias dalam percakapan mereka.
Dengan perkataan lain, orang Melayu tidak suka berterus-terang untuk
menyampaikan sesuatu maksud. Gaya berbahasa ini merupakan seni dalam
perhubungan antara orang Melayu dalam kelompok mereka.Sifat orang Melayu ini
dapat digambarkan melalui penggunaan peribahasa Melayu yang penggunaannya
begitu berleluasa merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Peribahasa ‘biar putih
tulang jangan putih mata’, ‘alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal
lengan’, ‘kalau takut kepada ombak jangan berumah di tepi pantai’ menggambarkan
kiasan orang Melayu untuk menzahirkan cita-cita dan keinginan mereka yang
tinggi.Penggunaan pantun dalam kehidupan orang Melayu ketika berkomunikasi
contohnya ketika majlis peminangan menggambarkan sikap orang Melayu yang berkias
dalam menyampaikan hasrat.Biasanya dalam pantun peminangan terdapat frasa
‘memetik bunga di taman’ yang membawa maksud ingin meminang seorang gadis yang
masih dalam jagaan orang tuanya. Penggunaan pembayang pantun sama ada satu,
dua, tiga atau empat kerat sebelum maksud menunjukkan orang Melayu tidak gopoh
dalam menyampaikan hasrat.
Orang Melayu terkenal dengan sifat bersopan santun yang digambarkan melalui
penggunaan bahasa halus dalam komunikasi. Sesuatu perkataan yang dapat
menyinggung perasaan orang lain tidak akan diucapkan secara langsung terutama
dalam soal yang berkaitan musibah, seks dan pantang larang. Bahasa halus
yang biasa digunakan ialah pulang ke rahmatullah (mati), disimpan (dikuburkan),
pengawal keselamatan (jaga), nafkah batin (hubungan seks suami dan isteri),
datang bulan (haid), Pak Belang (harimau), Sang Rangkak (buaya), tali pinggang
(ular) dan lain-lain lagi. Orang Melayu tidak digalakkan menuturkan perkataan
yang kasar kerana dianggap tidak sopan. Ada sesetengah pihak yang mempertikaikan
protokol majlis di negara kita yang terlalu memuliakan tetamu sehingga menyebut
nama tetamu satu persatu dalam ucapan. Bermula daripada Yang Mulia Pengerusi
Majlis, tetamu utama, tetamu lain sehinggalah kepada pihak yang paling rendah
kedudukannya dalam majlis disebut satu persatu, malah ada dalam majlis
tertentu, menyenaraikan nama tetamu ini memakan lebih daripada dua minit.
Penggunaan kata panggilan dalam majlis ini merupakan suatu identiti
berbahasa Melayu yang tidak begitu diamalkan dalam budaya masyarakat Barat.
Sebenarnya cara berbahasa ini merupakan keistimewaan orang Melayu kerana orang
Melayu sebenarnya amat memuliakan tetamunya. Dalam buku Sejarah Melayu ada
diceritakan tentang perjanjian atau waadat antara Sang Sapurba yang mewakili
golongan pemerintah dengan Demang Lebar Daun yang mewakili golongan rakyat
biasa. Melalui waadat ini termeterailah perjanjian bahawa golongan raja wajib
ditaati walaupun melakukan kezaliman, manakala rakyat biasa pula jika melakukan
kesalahan hendaklah dihukum dengan cara yang tidak memalukan. Jika salah
satu pihak, sama ada raja atau rakyat bawahan yang melanggar perjanjian ini
maka mereka akan ditimpa bala. Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada konsep
kesetiaan kepada raja dalam kehidupan mereka. Golongan raja dianggap mulia dan
sepatutnya diberi penghormatan yang sewajarnya.
Sehubungan dengan itu, keperibadian orang Melayu ini telah diterjemahkan
dalam bentuk penggunaan bahasa halus laras istana seperti patik, tuanku,
junjung kasih, ampun tuanku, mencemar duli sekali gus menggambarkan orang
Melayu begitu beradab apabila berkomunikasi dengan golongan raja.Kemajuan dan
kemodenan dunia menyebabkan bahasa dan cara berbahasa orang Melayu kurang
diutamakan dalam kalangan masyarakat. Dalam dunia hari ini, maklumat perlu
disampaikan dengan pantas kerana persaingan amat sengit dalam mengejar kejayaan
dalam pelbagai bidang. Sesiapa yang lambat dan lemah dalam mengambil
peluang dan ruang pasti akan ketinggalan. Kita tidak mempunyai kuasa untuk
menyekat kemajuan dan kemodenan kerana perkara itu di luar kawalan kita
lebih-lebih lagi perkembangan ini turut menguntungkan manusia sejagat.
Bagaimanapun, kita perlu mengekalkan keindahan berbahasa dalam kalangan
orang Melayu agar identiti dan keperibadian orang Melayu terus dikenali.
Dirgahayu Bahasaku!
KESIMPULAN
Peribahasa boleh dijadikan elemen penting dalam membentuk jati diri pelajar dan seterusnya membangunkan minda dalam kalangan pelajar Malaysia. Remaja Malaysia harus menyedari kepentingan menganuti sistem nilai yang menunjangi kehidupan masyarakat Melayu khasnya dan masyarakat Malaysia amnya. Segala sistem nilai ini perlu diterima dan diamalkan secara bersama.Selain itu, kajian tentang peribahasa Melayu turut amat menjelaskan tentang falsafah, sikap, pengajaran dan gambaran ketinggian pemikiran bangsa Melayu zaman dahulu yang disampaikan secara halus dan berkesan. Justeru, pengkategorian peribahasa berdasarkan nilai dan pemikiran Melayu dapat menonjolkan dengan lebih jelas aspek nilai dan pemikiran Melayu dalam penciptaan peribahasa sejak zaman dahulu lagi. Bahasa bukan sahaja menunjukkan nilai sesuatu bangsa bahkan menjadi identiti sesuatu kaum itu sendiri. Bahasa yang baik mengajar kaum untuk berperwatakan yang baik juga.Hal tersebut di atas hanya sebahagian dari fungsi dan keberadaan peribahasa. Sebagai bahasa yang mudah teradat peribahasa juga dapat bersifat informatif dan edukatif yang diharapkan dapat memupuk jiwa yang berkepribadian dengan membina watak masyarakat. Bahasa juga menununjukkan bagaimana kehidupan seseorang dikalangan keluarganya. Iaitu jika kasar bahasa yang digunakan oleh seseorang, maka ianya mendidik anak-anak mereka untuk buruk akhlaknya. Dalam konteks ini, bahasa melayu bukan sahaja merupakan realiti sosial kepada bangsa atau masyarakat Melayu, tetapi yang lebih penting lagi, ia juga merupakan realiti yang boleh menghubungkaitkan bangsa atau masyarakat Melayu, dengan emosi, aspirasi dan nilai-nilai Melayu. Sehubung dengan itu, kehilangan bahasa Melayu boleh menyebabkan kepupusan, iaitu lenyap buat selama-lamanya, hubung kait secara langsung dan penting dalam hal ini, dengan warisan Melayu pada masa lampau.
RUJUKAN
·
A.Khalid Mat
Nor.(2008).Peribahasa SPM.Selangor:Pearson Malaysia Sdn.Bhd
·
Abdullah Hussain.
(2004). Kamus istimewa peribahasa Melayu.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
·
Adwar
Djamanis.(1985).memahami dan menghargai peribahasa.Dewan Bahasa,29(5), 338-344
·
Kamisah Arifin
et.al(2015). Pendidikan Bahasa Di Malaysia:isu, amalan dan cabaran
·
Mohd Shahrani
Mohamad.(2000).1001 peribahasa Melayu.Singapore: Sistem Publishing House
Pte.Ltd
·
Kamus Dewan.(2005).
ed.ke-4.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
LAMPIRAN
Rajah 1 menunjukkan penggunaan bahasa rojak di
kalangan pendidik.
Rajah 2 menunjukkan terdapat pelbagai pencemaran
bahasa yang terdapat di sekeliling kita.
Rajah 3 menunjukkan antara cara kita untuk
mengenali seseorang menerusi cara percakapan dan bahasanya.
Rajah 4 menerangkan tentang petikan ayat dari Imam
Ghazali.
Rajah 5 menunjukkan petikan hadis berkaitan lisan
dan bahasa.
SEKIAN TERIMA KASIH!





